23 November 2022

JANNA NICK DIKRITIK TAYANG PAHA



Semua sedia maklum mengenai pelakon dan penyanyi Janna Nick yang sebelum ini hangat diperkatakan apabila kisah cintanya didakwa sudah berakhir. Disebabkan itu, Janna telah membawa diri ke luar negara bagi mencari ketenangan.


Menerusi laman Instagram, Janna yang mengambil keputusan untuk bercuti ke Itali, tidak lokek berkongsikan fotonya ketika berada di negara Eropah itu.

Melihat pada foto yang dikongsikan, Janna berada di hadapan sebuah bangunan putih namun apa yang menjadi perhatian posingnya yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Klik untuk gambar besar



Malah, apa yang turut menjadi bualan adalah pakaian Janna dilihat agak menjolok mata apabila menggayakan skirt sehingga menampakkan paha.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial menegur cara pemakaian Janna supaya tampil berpakaian lebih sopan serta mendoakan agar diberikan hidayah.

Dalam pada itu, ada pengguna laman sosial yang tidak melepaskan peluang mengecam pelakon itu dengan mengkritik bahagian paha dan betisnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: