09 November 2022

BERSALAM DENGAN ARTIS HILANG ROH & JIWA - AISHAH LUAH KESAL: "TOLONGLAH JANGAN BUANG RASA HORMAT KAMI..."



"Ustazah jangan lah hina kami, ustazah adalah orang yang berilmu, lebih berhemah, dah dekat dengan Allah. Ustazah hina golongan kami, patutnya selebriti ini awak bimbing bukan kata begitu. Kenapa kata apabila bersalaman dengan artis roh orang itu akan hilang?


"Ustazah dah hina sekolompok artis yang terpalit dengan apa yang ustazah cakap, sanggup ke nak cari kami di akhirat nanti?" ulas penyanyi Aishah menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.

Nama Ustazah Siti Afifah sebelum ini hangat diperkatakan selepas menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki sebagai 'dayus'.

Terbaharu, Ustazah Siti Afifah kembali menjadi bualan apabila mendakwa seseorang boleh kehilangan jiwa dan roh mereka jika bersalaman dengan golongan selebriti.

Klik untuk gambar besar



Selain penyanyi Hattan, Aishah juga turut terkesan dengan dakwaan berkenaan apabila tampil memberi pandangan dengan menyifatkan ustazah tersebut sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama tidak seharusnya berkata sedemikian.

Dalam pada itu, pelantun lagu 'Janji Manis Mu' ini meluahkan rasa terkilan dengan mengatakan dakwah yang dilakukan ustazah berkenaan nampak 'keras' sehingga dikhuatiri memberi pandangn buruk kepada agama lain.

"Ustazah, dosa dengan Allah kita boleh minta maaf, tapi dosa dengan manusia perlu minta maaf pada orang itu. Jangan malukan orang Islam dengan golongan bukan Islam bila lihat dakwah kita nampak keras sebegini," tambahnya.

Sementara itu, beberapa rakan selebirti dan pengguna laman sosial turut bersetuju dengan luahan hati bekas juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) ini.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: