09 November 2022

"WAFA CANTIK TAPI RAMAI PEREMPUAN LAIN PUN CANTIK" - IQBAL JELAS DIA TIDAK LAKUKAN IKUT PERASAAN SEMATA-MATA



Pelakon Wafariena Roslan dalam kenyataannya sebelum ini mengakui tidak selesa apabila dikaitkan dengan Iqbal Zulkefli selepas dia memuat naik foto mereka berdua di laman Instagram.


Wafarine turut mempersoalkan motif usahawan sensasi kini yang bergelar penyanyi dan pelakon itu yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekati dirinya.

Susulan kenyataan Wafariena itu, Iqbal tampil memberi respon mengatakan dia tidak melakukan sesuatu perkara mengikut perasaan semata-mata.

"Awal-awal sebelum viral lagi, saya dah maklum Wafa, saya buat sesuatu semuanya bertujuan bukan hanya ikut perasaan sahaja. Dan Wafa pun tahu sebab itu Wafa ambil gambar bertentangan mata.

Klik untuk gambar besar



"Semuanya untuk kebaikan bersama. Kita berlakon bersama. Tiada kaitan dengan 'cari rezeki yang berkat dan hormat menghormati'," tulisnya di ruangan komen Facebook Ohmymedia.

Menurut Iqbal lagi, dia baik dengan semua orang serta menghormati semua individu sepanjang menjayakan penggambaran bersama aktres tersebut baru-baru ini.

"Bukan tak kenal saya di set penggambaran macam mana saya hormat dan baik semua orang. Realitinya, Wafa memang cantik. Tetapi ramai lagi perempuan lain pun cantik," ujarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: