09 November 2022

"HINA BETUL PANDANGAN DIA... INGAT ARTIS NI BINATANG? NAJIS MUGHALLAZAH" - HATTAN SELAR PENDAKWAH BEBAS ULAS ISU SALAM



"Kalau bersalaman dengan artis, katanya akan hilang roh. Hina betul pandangan dia pada artis ni. Sedapnya mulut bercakap. Kamu cakap artis ni standard entah apa-apa. Ingat artis ni binatang ke? Najis mughallazah ke?"


Demikian ujar penyanyi Datuk Hattan yang tampil menyuarakan pandangan berhubung kenyataan pendakwah bebas yang ketika ini hangat diperkatakan di media sosial, dimana dia mendakwa seseorang itu boleh kehilangan jiwa atau roh sekiranya bersalaman dengan golongan selebriti.

Jelas Hattan, kenyataan tersebut seolah-olah memberikan perspektif buruk terhadap golongan artis. Malah, penyanyi lagu 'Biso Bonar' ini turut menyifatkan golongan selebriti ini kebanyakkannya kurang gemar untuk berkongsi amalan mereka kepada umum.

Klik untuk gambar besar



"Artis ni sebenarnya tak suka menunjuk. Boleh kata 90% artis Malaysia ni, kebanyakkannya dah sampai ke Tanah Suci. Sama ada umrah atau haji. 16 hari bulan ni, kumpulan Wings yang terkenal dengan rambut-rambut panjang kecuali Datuk Awie yang rambut dah pendek, satu grup akan pergi umrah.

"Dah rezeki mereka. Tengok diorang pergi mana, mereka bukan pergi London tapi umrah. Gitaris yang selalu iring saya, Ritz Metalasia, dia haji tu," kongsinya lagi.

Hattan yang berkongsi pandangannya menerusi sebuah video di laman Instagram itu turut menyeru kepada semua pihak untuk berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.



"Kalau kamu cakap bersalaman itu akan membuatkan kita batal air sembahyang atau salah kerana bukan muhrim, itu kita faham. Tapi bila cakap fasal hilang roh tu, macam hina sangat artis ni.

"Bercakap tu berfikirlah dulu. Nak tarbiahkan orang, kamu suami isteri pun sama sahaja. Ingat lebam dekat sini (dahi) guarantee syurga ke? Tolonglah," tuturnya lagi.

Sebelum ini, nama pendakwah terbabit juga telah mendapat perhatian ramai selepas mendakwa suami yang membenarkan isteri dirawat oleh doktor lelaki ketika bersalin sebagai dayus.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: