09 November 2022

PEMINAT NAMPAK WATIE DALAM CERMIN DI RESTORAN MEWAH - SHUIB AKUI BERKAWAN RAPAT: "KALAU JODOH, APA SALAHNYA"



"Saya tidak nafikan, kami dalam fasa baru berkawan," kata pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib secara ringkas dimana dia mengesahkan sedang berkawan rapat dengan wanita dikenali Watie Hanifiah yang merupakan seorang usahawan.


Dalam pada itu, Shuib juga tidak menolak jika bertemu jodoh dengan wanita itu dan memohon agar peminat mendoakan urusan tersebut dipermudahkan jika diizinkan oleh Allah SWT.

"Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan maka itulah sebenarnya. Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan. Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya," tuturnya.

Shuib berkata demikian selepas tular foto hantaran di laman Instagram miliknya yang menampakkan pantulan imej seorang wanita yang dipercayai Watie pada cermin sebuah restoran mewah, Gordon Ramsey.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian tersebut, Shuib dilihat sedang makan malam bersama dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Hantaran Shuib itu menjadi perhatian ramai yang mempercayai wanita berkenaan bersamanya ketika itu, sekali gus mencetuskan spekulasi mendakwa Shuib dan Watie sedang bercinta.

Sementara itu, Shuib berkata dia kini lebih mengutamakan anak-anak dalam mencari teman hidup baharu. Dek kerana itu, Shuib berharap pengguna laman sosial tidak terlalu cepat membuat kesimpulan atau mudah menjatuhkan hukum apabila timbul cerita dia berkawan rapat dengan mana-mana wanita.

Pada masa sama, Shuib juga meluahkan rasa kecewa disebabkan tanggapan sesetengah pihak yang seakan-akan lebih mengetahui mengenai jodohnya.



"Sekarang ini saya lebih fikirkan kepentingan anak-anak. Sebagai bapa saya tahu apa yang kurang. Mereka perlukan kasih sayang dan sentuhan seorang wanita. Kalau orang ini yang boleh berikan perkara tersebut, tidak salah untuk saya cuba berkawan.

"Takut nak bercakap panjang soal jodoh, jadi saya serahkan kepada ketentuan Allah. Tetapi saya juga perlu berusaha ke arah itu.

"Saya tahu mungkin ramai yang ambil berat tentang saya. Berikanlah saya ruang untuk menyusun dan melalui fasa ini. Harap semua tidak terlalu cepat mengkritik. Pastinya saya akan ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan untuk kembali berkahwin.



"Apabila ada yang terlalu cepat menilai dan jatuh hukum, ia membuatkan rasa terasa hati. Saya pun tak tahu apa yang orang mahukan," ujarnya.

Terdahulu, sejak kematian arwah isterinya iaitu Siti Sarah akibat C0V1D pada 9 Ogos tahun lalu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.

Antara nama yang sering disebut ialah Siti Nordiana, Wan Sharmila dan Zara Zya. Bapa kepada empat orang cahaya mata itu pernah menafikan hubungan istimewa dengan Watie yang merupakan wanita sama dimana dia pernah heboh diperkatakan sebelum ini.

Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua orang lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan arwah Siti Sarah pada 26 Februari 2011.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: