07 November 2022

BILA PERSEMBAHAN HAEL DIDAKWA TAK DAPAT TEPUKAN & TAK DIPEDULIKAN KETIKA KONSERT ROSSA



Sempena 25 tahun berada dalam industri seni, penyanyi Datuk Seri Rossa baru-baru ini telah mengadakan 'Konsert Rossa 25 Shinning Years' yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC.


Dalam konsert tersebut, Rossa atau nama Sri Rossa Roslaina Handiyani, telah mendendangkan sebanyak 27 lagu dan mengundang penyanyi dari Malaysia iaitu Hael Husaini sebagai artis jemputan.

Bagaimanapun, memetik laporan Diva dari Kosmo, persembahan Hael tidak mendapat sambutan daripada penonton yang menghadiri konsert tersebut. Menurut Diva, apabila Hael muncul di atas pentas, suasana konsert yang mulanya gamat dan meriah tiba-tiba bertukar suram dan tiada tepukan.

Klik untuk gambar besar



Malah, ramai yang seolah tidak suka dengan penampilan Hael dalam konsert tersebut sehingga ada penonton 'buat muka' seperti tidak senang melihat penyanyi itu.

Katanya lagi, keadaan berbeza apabila penyanyi Judika membuat persembahan dimana penonton menjerit-jerit memanggil nama penyanyi itu sehinggakan dewan seperti mahu runtuh dengan laungan penonton.

Namun begitu, Diva berkata mungkin penonton yang hadir pada konsert tersebut bukanlah terdiri daripada peminat Hael Husaini.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: