24 November 2022

"DIA LAMBAT BERITAHU SAYA..." - BAPA TAK SANGKA NAD ZAINAL SAKIT SERIUS, HARAP ANAK TUNGGALNYA SEMBUH



Bapa kepada pelakon Nad Zainal iaitu Zainal Abidin, 63, mengakui dia tidak menyangka anaknya itu mengalami sakit yang serius sehingga dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Menurutnya, anak tunggalnya itu tidak pernah sakit teruk dan ianya kali pertama terjadi.


Zainal ketika ditemui di KPJ Ampang Puteri, pada Rabu, memberitahu dia yang mengambil Nad di rumahnya petang Isnin lalu sebelum menghubungi ambulans dan menguruskan kemasukannya di hospital.

"Dia lambat beritahu saya, dia diam, dia pendam. Dia ada mengadu sakit dada tapi macam tak serius. Dia ingat makan ubat boleh baik. Dia pernah dijangkiti C0V1D, tapi tak seteruk ini. Yang ini memang teruk," ujarnya.

Kongsi Zainal, tiga hari lalu, keadaan Nad, 32, agak teruk, namun petang semalam anaknya itu nampak lebih positif apabila dia tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Zainal berkata, Nad yang kini masih ditidurkan dan terus diletakkan di bawah pemantauan doktor itu juga masih berlawan dengan ubat.

"Kita harap benda ini akan lagi okey sebab ubat yang diberikan memang yang terbaik. Saya harap lagi bagus berbanding tiga hari lalu. Darahnya memang banyak keluar. Tapi untuk hari ini (semalam) ia dah kering, dah berkurangan.

"Diharap akan sembuh, akan berkurangan dan dia tidak menggunakan alat bantuan pernafasan sebab puncanya paru-paru manakala bahagian lain semua okey. Paru-paru Nad mulanya mengalami pendarahan yang banyak. Dia susah bernafas. Sekarang saya tengok okey berbanding semalam (kelmarin) yang agak teruk," katanya. 

Sementara itu, bapa Nad memaklumkan kedua-dua cucunya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun, berada dalam keadaan baik. Kata Zainal, anak pertama Nad ada bertanya mengenai keadaan ibunya memandangkan dia turut berada di hospital awal hari ini.



"Yem dan Som memang rapat dengan saya. Yang kecil mungkin masih belum faham, cuma yang sulung ada bertanya mengenai apa yang berlaku kepada ibunya. Sebagai datuk, saya mengharapkan agar mereka faham," tuturnya.

Zainal turut merakamkan ucapan terima kasih dan terharunya apabila ramai pihak yang ikhlas menitipkan doa buat Nad.

"Saya difahamkan rakan-rakan artis dan peminatnya di seluruh negara adakan bacaan Yasin malam ini (tadi). Doa semua membantu memulihkan dia. Saya percaya Nad juga memerlukan doa daripada kawan-kawan. Mereka (penggiat seni) semua datang berikan semangat kepadanya.

"Saya juga mengharapkan agar peminat dapat mendoakan yang baik-baik dan kesembuhan kepada anak saya. Terima kasih juga kepada peminat yang mengirimkan doa serta kata-kata yang baik," tuturnya.

Bekas suami Nad, Faliq Amiruddin, 34, juga memaklumkan, dua anak mereka yang kini berada di bawah jagaannya dan keluarganya berada dalam keadaan baik, namun anak sulungnya ada bertanyakan mengenai ibunya.

"Mereka bersama saya malam tadi. Pagi tadi, saya tinggalkan mereka sekejap untuk ke sini. Yem (anak sulung) ada bertanya mengenai emaknya. Saya tenangkan dia... Alhamdulillah, semuanya terkawal.

"Tapi saya selesakan mereka dengan kata ingat 'mummy' dan doakan supaya dia cepat pulih. Ahli keluarga Nad berada di hospital sepanjang hari sejak Isnin, manakala keluarga saya datang melawat semalam," kongsinya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: