15 November 2022

FOTO TUNAI UMRAH EINA AZMAN TERIMA PELBAGAI REAKSI, MALAH ADA YANG TEGUR



Pelakon Datin Paduka Eina Azman menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada berkongsi beberapa foto menunaikan ibadah umrah buat kali kedua, sekaligus menyempurnakan nazar selepas sembuh daripada jangkitan C0V1D pada tahun lalu.


"Alhamdullilah... Umrah Trip With my darling sister @__efza__ n @bard.hanief 🤍 #umrah2022🕋 #syukuralhamdulillah," tulis ibu kepada pasangan kembar itu.

Menerusi posting tersebut, Eina dilihat tidak lokek berkongsikan momen sepanjang berada di Tanah Suci bersama suami, Datuk Paduka Kaiser dan rakan-rakannya.

Klik untuk gambar besar



Posting yang dimuat naik Eina itu menjadi perhatian dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang meluahkan rasa syukur di atas rezeki Eina yang berpeluang menjadi tetamu Allah.

Bagaimanapun, ada pengguna laman sosial berseloroh mengenai kaca mata atau 'sunglasses' yang digayakan pelakon berkenaan dalam pelbagai jenis bentuk. Namun, ada juga yang tampil menegur aurat kenalan Eina ketika menunaikan umrah.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: