15 November 2022

ISTERI YONNYBOII DIKRITIK MAKIN SEKSI



Nama isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman sebelum ini hangat diperkatakan selepas dia mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai tudung.


Baru-baru ini, isteri Yonnyboii ada berkongsi video melakukan trend berjalan seperti model bersama suaminya mengikut rentak lagu Gaga Dance yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi video itu, Yonnyboii dan Nazira dilihat tampil sedondon mengenakan busana berwarna hitam. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai, penampilan isteri Yonnyboii itu dikatakan agak mencolok mata.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik Nazira yang dilihat semakin menjadi-jadi selepas tampil 'freehair'. Tidak kurang juga, ada yang mendakwa Nazira mengalami 'cultural shock' atau kejutan budaya selepas berkahwin dengan Yonnyboii.

Terdahulu, Yonnyboii berkata isterinya memang tidak bertudung sebelum ini dan masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: