15 November 2022

ZIARAH KUBUR ARWAH SUAMI - SALAMIAH HASSAN LUAH RASA RINDU



Menerusi Instagram Story baru-baru ini, penyanyi Salamiah Hassan, 71, telah berkongsi dua gambar kubur suaminya, Allahyarham Gerry Hughes termasuk gambar dia di sisi kubur dengan kapsyen "I miss you".


Melihat pada status itu, Salamiah amat merindui suaminya yang meninggal dunia di Tasmania, Australia pada 4 November lalu akibat kanser kolon, selepas dua bulan mereka bergelar suami isteri iaitu pada 1 September lalu, setelah 15 tahun saling mengenali.

Selain itu, Salamiah turut memuat naik gambar dia bersama anaknya yang juga penyanyi, Atilia Haron berserta keterangan gambar ditulis Atilia, "I am with my heaven @Salamiah Hassan" yang juga menjadi kekuatan semangat buat penyanyi legenda itu.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, Atilia yang sebelum ini mengesahkan berita kematian Gerry itu tiba di Burnie, Tasmania untuk menemani ibunya sejak dua hari lalu.

Salamiah yang bergelar penyanyi sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM itu hidup sendirian sejak 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz pada 1986.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah. Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: