22 November 2022

IBU PUTERI BALQIS TERIMA KECAMAN - BAHASA & GURAUAN DENGAN ANAK DIANGGAP KASAR



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Puteri Balqis telah berkongsi satu tangkap layar skrin perbualan antara dia dan ibunya. Dalam perbualan tersebut, dapat dilihat Puteri Balqis menyakat ibunya dengan menyamakan kecantikan wanita itu dengan ikan belut.


"Tunggu 10 minit nak reply rupanya cari angle selfie. Keindahanmu bagaikan ikan belut," tulis Puteri Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish.

Ibu Puteri Balqis turut membalas mesej berkenaan dengan gaya berseloroh dan mendakwa mahu merendam Balqis ke dalam paya ketika dia masih kecil.

"Patut kecik-kecik dulu, aku rendam kau dalam paya... Tak guna," balas ibu Puteri Balqis pula.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, gurauan anak-beranak itu diambil serius oleh pengguna laman sosial dimana rata-rata mereka mengecam bahasa yang digunakan oleh wanita itu kepada Puteri Balqis yang dianggap kasar.

Dalam pada itu, ada juga segelintir pengguna laman sosial menyamakan gaya penulisan mesej ibu Puteri Balqis dengan budaya rempit kerana menggunakan ejaan yang salah.

Untuk makluman, Puteri Balqis sebelum ini pernah mendakwa bahawa dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: