22 November 2022

"TIGA PESAKIT (C0V1D) KRITIKAL MENINGGAL DUNIA SEBELAH SAYA" - MAFARIKHA AKUI SERING MENANGIS, MENTAL 'PENAT'



"Sejak 24 Oktober 2022, tiga pesakit kritikal meninggal dunia di sebelah saya. Untuk kekal waras di hospital bukan mudah tapi hidup mesti diteruskan!


"Saya telah melihat banyak perkara dalam tempoh 29 hari ini, seperti pesakit yang jantungnya terhenti selama enam minit dan hidup semula tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian.

"Lagi lama saya dekat sini saya fikir saya mungkin bertukar jadi doktor atau jururawat," kata penyanyi Mafarikha Akhir, 29, yang memberitahu dia masih tidak dapat melupakan beberapa insiden sepanjang dia dimasukkan ke hospital.

Mafarikha yang sudah sebulan dijangkiti C0V1D tahap lima itu berkata, bukan mudah untuk mengekalkan kewarasan sepanjang berada di hospital apatah lagi menyaksikan sendiri beberapa pesakit meninggal dunia.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi pengalaman itu menerusi Instastory, Mafarikha turut memaklumkan, mentalnya 'penat' apabila melihat seorang lagi pesakit meninggal dunia apatah lagi melihat masih ramai pesakit C0V1D di dalam wad.

Keadaan itu membuatkan dia sering menangis dan permintaan untuk pulang ke rumah tidak dibenarkan memandangkan keadaan dirinya juga masih belum pulih sepenuhnya.

Dalam masa sama, Mafarikha juga berkongsi beberapa adab ketika melawat pesakit yang ditidurkan atau dalam keadaan separuh sedar. Malah penyanyi itu juga mengingatkan setiap waris yang melawat tidak perlu menangis di sisi pesakit kerana mereka ditidurkan dan bukannya terlelap dengan sendiri.

"Cuba buat mereka rasa tenang, sebab mereka mendengar. Cakap dengan nada yang perlahan dan tenang. Jangan baca ayat kuat-kuat atau meraung. Jaga adab.

"Cakap kepada mereka bahawa mereka akan hidup lebih lama lagi dan semua orang sedang menunggu mereka untuk bangun. Jadi, pesakit secara tidak langsung akan berjuang untuk terus hidup," kongsinya.

Sebelum ini, Mafarikha memberitahu bahawa tulang rusuk bahagian kanannya akan ditebuk selepas paru-paru dalam keadaan tidak stabil.

Penyanyi ini yang dijangkiti C0V1D sejurus selepas pulang bercuti dari Tukiye bersama suami itu juga berkongsi beberapa simptom yang dialaminya seperti kesukaran nafas dan juga batuk berdarah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: