"Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar ❤️. Terima kasih yang mendoakan istri Usop 🤲🥹," demikianlah tulis penyanyi Usop yang meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Nur Fatihah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Usop menerusi satu perkongsian di laman Instagram dengan muat naik foto isterinya bersama anak lelaki mereka yang diberi nama, Muhamad Saif Umar.
Perkongsian Usop itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat pasangan itu di atas kehadiran cahaya mata.
Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan selamat berpantang buat Fatiha serta mendaokan agar Muhamad Saif Umar menjadi anak yang soleh.
Untuk makluman, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 25, dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu di Kompleks Darul Hidayah, Penaga Pulau Pinang.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment