11 November 2022

JADI MANGSA AKAUN PALSU - SYAMSUL YUSOF TEGAS DIA TIADA TIKTOK & FACEBOOK



"Saya tiada akaun TikTok atau Facebook. Jika ada itu semuanya fake (palsu). Harap maklum. Saya cuma ada Instagram ini sahaja," demikian jelas pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 38, yang menegaskan kepada orang ramai bahawa dirinya tidak memiliki akaun laman sosial TikTok.


Menerusi muat naik terkini di Instagram, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata jika wujud akaun TikTok di atas namanya, itu adalah palsu. Syamsul bagaimanapun dilihat menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Terdahulu, satu akaun palsu di atas nama @Syamsulyusoffilm di laman TikTok telah diwujudkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Malah akaun tersebut turut berkongsi video yang memaparkan kehidupan peribadi pengarah filem Mat Kilau tersebut.

Dalam pada itu, salah satu konten yang dikongsi di laman akaun palsu berkenaan yang memaparkan video Syamsul melawat kawasan ladang yang dipenuhi pokok tanaman menjadi tular sehingga ada beberapa media tempatan menulis cerita mengenai video tersebut.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: