11 November 2022

POLIS SAHKAN KEMATIAN PELAKON SYAZLIN ZAINAL AKIBAT TERJATUH PANGSAPURI TINGKAT 22



Kematian pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal, 26, telah disahkan pihak polis berpunca akibat terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, dekat sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari. Menurut beliau, panggilan awam itu memaklumkan mereka menemukan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.

"Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan.

"Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini," katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Klik untuk gambar besar



Tambah Raub, siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Bagaimanapun, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghulurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab. Rahman di talian 016-5050808," jelasnya.

Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah Syazlin dijangka dikebumikan di Tanah Perkhuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga di sini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: