11 November 2022

UCAPAN ANNIVERSARY KE-16 NOORKHIRIAH BUAT RAMAI TERSENTUH: "SAKITNYA BILA AWAK TERUS MENANGGUNG DOSA SAYA"



Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan ke-16 pelakon Noorkhiriah bersama suaminya, Azfaizul Ahtan. Sempena meraikan ulang tahun itu, Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43, menitipkan ucapan istimewa yang menyentuh hati buat suaminya.


Noorkhiriah berkongsi ucapan itu di akaun Instagram dengan memuat naik foto mereka berdua. Dalam hantaran itu juga, pelakon drama 'Jubah Hitam' itu memberitahu selama hidup bersama banyak pengorbanan dan kebaikan yang dilakukan untuk keluarga mereka.

"Pakaian suami adalah pakaian isteri... Genap 16 tahun awak jadi imam saya di Jumaat yang lagi berkat ni... Kurang lebih saya minta maaf... Saya ini banyak salah dari betul... Korang doakan akak dan suami till jannah... Semoga Allah angkat dan makbulkan doa kalian...

"Untung saya dapat awak... dan jangan rugi dapat saya, maklumlah kadang saya menghiburkan kadang memeningkan... Semoga Allah membalas segala kebaikan awak di dunia dan akhirat pa... Ikhlas dari tulang rusuk kiri," ucapnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam kemas kini berbeza, Noorkhiriah berkata, dia kasihan suaminya yang terpaksa menanggung dosanya sebagai isteri.

"Terus doakan saya Pa (panggilan buat suaminya). Sakitnya bila awak terus menanggung dosa saya. Semoga Allah Tarik saya ke jalan kebenaran. Saya tak nak susahkan awak dunia dan akhirat," harapnya.

Untuk makluman, Noorkhiriah berkahwin dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: