11 November 2022

VIDEO KENA EDIT BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS UNTUK TUJUAN POLITIK - ZARINA ANJOULIE LUAH KESAL, MAHU SAMAN



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan terdapat individu yang mengambil video lamanya dan menyunting pada wajah pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias semata-mata untuk tujuan politik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju yang juga seorang pensohor media sosial itu meluahkan rasa kesal apabila menjadi mangsa difitnah. Menerusi perkongsian itu, Zarina menunjukkan paparan skrin video yang telah disunting itu.

"PLZ ANJU MINTA TOLONG SEMUA INI FITNAH. DIORANG AMBIK VIDEO ANJU LAMA N EDIT. LETAK MUKA USTAZ KAZIM. ANJU DAH MINTAK LAWYER HANTAR SURAT SAMAN PADA 3 INDIVIDU DI FACEBOOK. TINDAKAN SAMAN AKAN DIAMBIL," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



"Anju sangat kesal dengan sikap manusia, ambil video Anju tahun lepas dan edit pada muka Ustaz Kazim. Video tu video tahun lepas, tiada kena mengena pun dengan Ustaz Kazim, Ustaz Kazim is a really good person as Anju pernah shooting dengan dia.

"Orang-orang politik ni kalau ye pun nak menganiaya aku dengan Ustaz Kazim!," kata Zarina yang menegaskan, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut dengan menyaman pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

Entri berkenaan turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai pandangan terhadap fitnah yang dilemparkan itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: