21 November 2022

JANNA NICK TERBANG KE ITALI UNTUK 'HEALING' SAMBIL NIKMATI SUASANA



"If it's destroying you, Then it's not love. ✌🏻 - (Jika itu memusnahkan kamu, itu bukan cinta)," demikianlah tulis pelakon Janna Nick menerusi muat naik terbaru di laman Instagram miliknya dimana dia memberitahu jika sesuatu perkara itu memusnahkan diri maka ia bukan cinta.


Spekulasi mengenai hubungan Janna dan kekasihnya yang juga pelakon, Dini Schatzmann terus bertiup kencang apatah lagi kedua-duanya masih mengunci mulut berhubung dakwaan sudah berpisah.

Terkini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 27, berkongsi foto sedang berehat di bilik hotelnya dipercayai di Rome, Itali. Bagaimanapun, pelakon itu menutup ruang komen pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Janna turut berkongsi video dia sedang 'healing' sambil menikmati suasana tempat penginapannya. Dalam video tersebut, Janna dilihat bersendirian di dalam bilik hotel tersebut sambil termenung membuang pandangan ke luar jendela sebelum terbaring di atas katil.

Klik untuk gambar besar



Janna yang mula menjalinkan hubungan cinta dengan Dini sejak Jun 2019 itu turut menggunakan lagu nyanyian Bebe Rexha berjudul 'Me, Myself & I' bagi menggambarkan keadaannya ketika ini.

Sebelum ini, Janna memberitahu pelakon Puteri Sarah yang terserempak dengannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mahu ke Eropah mencari ketenangan.

Bagaimanapun sehari selepas itu, kelibat Janna dan Dini muncul dalam video yang dikongsi pelakon Alvin Chong menerusi akaun TikTok miliknya memberi harapan bahawa pasangan itu masih bersama.

Pasangan itu dilihat ceria menari bersama-sama mengikut rentak lagu terbaharu Alvin berjudul 'Mengapa Ku Rasa Terseksa'. Pun begitu tidak dapat dipastikan bila Alvin merakamkan video berkenaan sebelum dikongsi ke laman sosial miliknya.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: