28 November 2022

MUAT NAIK FOTO BERSAMA JEJAKA DENGAN BUSANA PENGANTIN - NABILA RAZALI DAH KAHWIN ATAU GIMIK?



Penyanyi Nabila Razali menerusi laman Instagram baru-bru ini dilihat tiba-tiba memadam semua gambar dan menggantikan foto yang memperlihatkan dia bersama seorang jejaka dalam persalinan baju pengantin berwarna putih.


Menerusi foto berbentuk kolaj itu, wajah lelaki berkenaan yang berpakaian kasual rona sama dengan menampakkan bahagian seluar yang tertera jenama Christian Dior itu tidak didedahkan.

Bukan itu sahaja, Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Bella turut menutup bahagian komen di laman sosial itu. Manakala menerusi Instastory pula, Nabila ada memuat naik beberapa lagi foto yang menunjukkan lokasi majlis perkahwinan di tepi pantai selain jambangan bunga tangan.

Klik untuk gambar besar



Tidak hanya itu, Nabila turut memuat naik foto hitam putih yang memperlihatkan jejaka berkenaan memegang sebentuk cincin bersama seutas rantai.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat sama ada Nabila sudah melangsungkan perkahwinan secara rahsia atau ia hanya sekadar gimik bagi melancarkan lagu terbaharunya seperti mana pernah dilakukan sebelum ini.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: