28 November 2022

"SEKIRANYA ADA JODOH, ADALAH... WAK DOYOK MEMILIKI KRITERIA YANG SAYA INGINKAN" - A. AIDA



"Kami sudah lama kenal. Wak Doyok adalah 'best friend forever' dan sangat penyayang. Mengenai sejauh mana perhubungan kami, saya tidak mahu komen lanjut, tetapi meminta doakanlah. Sekiranya ada jodoh, adalah...


"Dia seorang yang 'loving', mengambil berat dan bergaya. Saya sukakan lelaki bergaya kerana saya juga suka bergaya dan menjaga penampilan diri," demikian jelas penerbit Datuk A Aida yang menyerahkan urusan jodoh bersama pempengaruh media sosial yang juga pelakon, Wak Doyok di tangan Tuhan susulan video kemesraan tersebar, baru-baru ini.

Berhubung foto mesranya bersama Wak Doyok. 43, baru-baru ini, A Aida, 52, enggan mengulas lanjut hubungan dengan pempengaruh media sosial itu tetapi tidak menafikan rapat dengan personaliti fesyen itu sejak 2016 lagi.

Namun penerbit filem 'Ratu Kala Jengking' itu berkata, sifat Wak Doyok yang mengambil berat, kelakar dan bergaya membuatkannya tertarik kepada jejaka berkenaan.

Mengulas kenyataan dikeluarkan ibu Wak Doyok yang keberatan menerima menantu berstatus 'janda', A Aida mengakui, dia sedar mengenai perkara itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya tahu mengenainya, sebab itulah saya hanya berserah kepada jodoh. Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, adalah jodoh kami. Namun, setakat ini, saya masih belum bertemu dengan ibunya lagi," katanya.

Ditanya tidakkah dia serik berkahwin lagi, A Aida akui, tentunya dirinya serik untuk berkahwin selepas beberapa kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga, termasuk kali terakhir pada 2019.

Bagaimanapun, tambah A. Aida, keinginan kembali hidup berpasangan kembali menerpa selepas tiga tahun hidup sendiri.

"Sebelum ini, saya pernah rasa serik mahu berkahwin lagi, tetapi terasa sunyi pula apabila tiga tahun hidup sendiri. Walaupun sentiasa sibuk dengan kerja, tetapi saya juga tidak boleh lari daripada rasa sunyi dan memerlukan seorang lelaki untuk berkongsi suka duka.

"Cuma, anak-anak sudah berpesan agar mencari pasangan bekerjaya. Jadi, Wak Doyok memiliki kriteria yang saya inginkan," kata A Aida.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: