18 November 2022

REEN RAHIM LULUH HATI LIHAT RUMAH IBU BAPA BOCOR DILIMPAHI AIR, NYARIS POKOK KELAPA HEMPAP



"Allahuakbar, hancurnya hati... niat tahun ini memang simpan duit sebab nak renovate rumah Umi sebab paling takut jadi macam ini. Sudah tertulis jadi macam ini, mungkin ini buatkan saya lagi nak kerja kuat simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok. Doakan Umi dan abah kuat okay.


"Patut hari ini Reen bawa mereka jalan-jalan tapi confirm balik ni Reen kena 'bersilat' kemas rumah," tutur pelakon Reen Rahim yang luluh hati apabila melihat keadaan rumah ibu bapanya yang bocor dilimpahi air selain pokok kelapa di halaman rumah tumbang akibat angin kuat.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata, dia sudah menyimpan hasrat untuk menaik taraf rumah tersebut namun tidak menyangka kejadian itu menimpa keluarganya.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi laman Instagram pada Khamis, dapat dilihat air menitis memasuki rumahnya di beberapa bahagian seperti ruang tamu dan dapur. Tidak hanya itu, rumah ibu bapa pelakon berkenaan juga hampir dihempap pokok kelapa yang tumbang akibat angin kuat.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Reen memberitahu kejadian tersebut akan membuatkan dia berazam untuk bekerja lebih keras bagi mengumpul wang bagi membaiki rumah tersebut.

Perkongsian Reen itu telah mendapat perhatian dan simpati peminat yang mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan.

"Allah uji, Allah sayang... semoga Reen sekeluarga tabah menghadapi ujian ini." - "Tidak mengapa Reen. Nanti Allah buka jalan rezeki untuk dapat lebih baik. Allah nak bagi lagi, dia akan bagi ujian lain dulu," antara komen-komen pengguna laman sosial.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: