05 November 2022

"SAYA LIHAT KAK NOORKHIRIAH SEBAGAI CONTOH" - NAD ZAINAL TAK BIMBANG IMEJ BERTUDUNG BERI KESAN KEPADA KERJAYA



"Saya sebenarnya memang dah lama berhasrat untuk bertudung, cuma tidak tahu bila. Saya perlukan masa, jadi saya harap tolong berikan ruang kepada saya kerana masih ada kerja yang perlu saya habiskan tanpa imej begini (bertudung).


"Apapun, saya sama sekali tidak bimbang perubahan imej ini (bertudung) akan memberi kesan kepada kerjaya lakonan saya. Bagi saya, tawaran (berlakon) pasti akan ada. Lagipun, saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan.

"Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak jahat dengan imej bertudung," ujar pelakon Nad Zainal, 32, yang menjadikan pelakon Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.

Klik untuk gambar besar



Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin yang kini dilihat sudah tampil bertudung itu berkata, dia kagum dengan keperibadian Noorkhiriah yang disifatkan mampu menjadi contoh kepada selebriti wanita bertudung lain.

Tambah Nad, dia memohon agar didoakan yang terbaik buatnya untuk terus istiqamah dengan penampilan bertudung itu memandangkan dia kini masih lagi dalam proses belajar.

"Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penampilan terbaharu ini. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya," katanya ketika ditemui media di majlis pratonton Mega Drama, 'Cina Buta' lakonannya sebagai pelakon utama.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: