05 November 2022

SELEPAS 2 BULAN BERUMAH TANGGA - SUAMI SALAMIAH HASSAN MENINGGAL DUNIA



"Kami sekeluarga menerima berita pemergian bapa tiri Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia. Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah."


Demikianlah kata penyanyi Atilia Haron yang berkongsi khabar duka dimana bapa tirinya, Gerry Hughes yang juga suami kepada ibunya, penyanyi Salamiah Hasaan, 71, telah meninggal dunia di Tasmania, Australia.

Menerusi Instagram Story miliknya pada Sabtu, Atilia turut memaklumkan, ibunya yang hanya dua bulan sempat melayari bahtera rumah tangga dengan Gerry Hughes, kini sedang dalam perjalanan pulang ke Australia sejurus mendapat perkhabaran tersebut.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, Allahyarham Gerry Hughes dilaporkan meninggal dunia akibat kanser pada Jumaat pada usia 68 tahun. Salamiah berada di Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu bagi memenuhi undangan persembahan namun Gerry tidak ikut bersama.

Dalam pada itu, Atilia atau nama penuhnya Raja Putri Atilia Raja Haron, meminta semua pihak agar memberi mereka sekeluarga ruang selepas menerima berita mengejutkan itu.

Untuk makluman, Salamiah dan Gerry Hughes yang berasal dari Liverpool, England disatukan sebagai suami isteri pada 1 September lalu di di Burnie, Tasmania dalam sebuah majlis sederhana. Pasangan ini berkahwin selepas saling mengenali sejak 15 tahun lalu dan menetap di Australia.


Mereka juga menjalinkan hubungan cinta secara on and off dan Hughes telah beberapa kali melamarnya. Namun, serangan C0V1D telah merapatkan semula hubungan mereka sehingga membuka hati Salamiah untuk menerima lamaran Hughes.

Salamiah yang menceburkan diri dalam dunia seni sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM itu hidup sendirian sejak kira-kira 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz sejak 1986.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah. Allahyarham Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: