"Dia memang nak berbaik dengan saya sebenarnya. Tapi dah tak boleh, banyak sangat faktor yang menyebabkan saya sudah tidak boleh kembali kepadanya. Saya perlu jelaskan kepada netizen sebab setiap orang komen di Instagram bertanya siapa saya, dia masih beritahu kepada orang ramai bahawa saya adalah isterinya.
"Walhal kalau mengikut hukum saya bukan lagi isterinya. Saya dan dia memang jelas bukan lagi pasangan suami isteri," jelas bekas isteri kepada PU Abu Sufyan iaitu Hana Azraa yang memberitahu dia terpanggil untuk mendedahkan hal ini kerana Abu masih lagi menggelarnya sebagai isteri di ruangan komen.
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai pendedahan bekas isteri PU Abu yang berkongsikan masih diganggu bekas suaminya itu. Menerusi laporan mStar, usahawan itu berkata PU Abu sering menghantar mesej menyatakan hasrat untuk berbaik semula namun dia tidak mahu melayan permintaan bekas suaminya itu.
Dalam pada itu, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir berkata, dia tidak mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa susulan gangguan diterima kerana mahu selesaikan secara baik.
Klik untuk gambar besar
"Ramai yang minta saya buat laporan namun saya tak mahu tutup periuk nasinya. Dia masih mempunyai keluarga dan tanggungan. Saya tak mahu mengganggu kerjayanya. Jadi lebih baik kami selesaikan dengan cara baik.
"Saya cukup mengenalinya. Dia seorang lelaki yang baik. Saya hanya minta dia biarkan saya hidup bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Kami masih boleh berkawan seperri saya berkawan dengan bekas suami pertama," katanya.
Semalam, PU Abu mengakui ada hantar mesej kepada ibu Hana atas urusan Mateen iaitu anaknya bersama wanita terbabit seminggu lalu. Jelasnya, dia tidak mencari Hana dan tetapi hanya ingin mengetahui tentang perkembangan anak mereka sahaja.
________________________
No comments:
Post a Comment