"Happy 7th Anniversary sayang! @tyaarifinnw. Alhamdullillah, it's been 7 years since we got married and I'm still amazed by your beauty, kindness, hardwork & dedication towards everything you do.
"Thank you for loving me despite all my weaknesses & always supporting me in every single way. I know I won’t be the person I am today without your support and trust.
"Inshaallah, we will have more amazing & adventurous life together. I will do everything I can, to make all of our dreams a reality. I love you & I hope you enjoy this little birthday surprise ❤️."
Klik untuk gambar besar
Demikian tulis usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid yang membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya, Tya Arifin sebuah kereta mewah Tesla sempena hari jadi dan ulang tahun perkahwinan mereka ke-7.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Ashraf memuat naik video kejutan serta menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta. Dalam video dikongsikan, Tya dilihat terkejut dengan hadiah istimewa yang diberikan oleh suaminya itu.
Untuk makluman, Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
________________________
No comments:
Post a Comment