26 November 2022

SEMPENA HARI LAHIR - SYURA BERI KEJUTAN, SUAMI TERGAMAM DAPAT HADIAH BAKAL TIMANG CAHAYA MATA MAC 2023



"Soon 🤰. Mohon doakan yang baik-baik 💕. Abie, @mr.farizat you are going to be a daddy soon InsyaAllah 🥰. #masyaallahtabarakallah 💕 #preggymommy #march2023," tulis penyanyi Syura Badron pada sebuah video dimana dia membuat kejutan kepada suami, Muhd Farizat Ismail, sempena sambutan hari jadi yang diadakan di sebuah taman rekreasi bersama keluarga.


Pada majlis itu, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, yang berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya, dilihat menghadiahkan sebuah kotak hitam misteri kepada suami yang mana di dalamnya terdapat sehelai pakaian bayi (romper) dengan tulisan 'You Are Going To Be a Daddy Soon'.

Meskipun pada awalnya tidak dapat menangkap simbolik di sebalik pakaian tersebut namun selepas disahkan oleh Syura bahawa dia sedang hamil, Muhd Farizat, 28, terus mencium dan memeluk isterinya.

"Serius ke sayang? Ya Allah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi kapsyen video tersebut, Syura memaklumkan dia bakal bersalin pada Mac 2023 dan ini bermaksud kandungan penyanyi itu sudah memasuki lima bulan.

Dalam pada itu, menerusi video sama, Syura turut berkongsi perjalanan kehamilannya selepas membuat kejutan kepada suami termasuk mereka berkunjung ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Bagaimanapun pasangan itu tidak mendedahkan jantina bayi yang bakal disambut tidak lama lagi.

Tidak hanya itu, suami Syura turut dilihat mengalirkan air mata dan mengusap perut isterinya itu kerana gembira bakal bergelar bapa tidak lama lagi.



Tiga anak Syura bersama bekas suami turut dilihat gembira dengan berita tersebu, malah dia dipeluk anak-anak. Paling menunjukkan rasa teruja adalah anak lelakinya yang memeluk dan mencium perut ibunya tanda tidak sabar untuk bertemu adiknya.

Untuk makluman, Syura dan Muhd Farizat berkahwin pada 22 Januari lalu selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Ini merupakan perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11 dan Muhammad Irfan Aryan, 9 tahun.

















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: