13 November 2022

TAMPIL KOSTUM WATAK MALEFICENT - FASHA SANDHA KENA KECAM DIDAKWA SAMBUT HALLOWEEN



Pelakon Fasha Sandha menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya telah memuat naik fotonya berbusana ala watak Maleficent lakonan Angelina Jolie dalam satu majlis. Dalam keterangan sama, Fasha juga menulis mengenai tema majlis itu.


Tidak hanya Fasha, tiga anaknya iaitu Putra Rayfal, Putri Raysa Jemaima dan Aisha Amaira turut mengenakan kostum dipercayai ketika menghadiri parti di kawasan kejiranan mereka.

"❤️ My family. Costume and character day at 'Kejirananku bukan kejirananmu'. Bak kata kak Farah jiran kita 🌟. Just for fun 🤩," tulis ibu kepada tiga cahaya itu.

Hantaran itu menyaksikan kompilasi 10 foto memaparkan pelbagai watak dan busana dipakai oleh keluarga Fasha serta keluarga jiran tetangganya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, hantaran itu telah mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial yang rata-rata berpendapat Fasha menghadiri parti 'Halloween' berdasarkan kostum dikenakan.

"Halal haram semua dah tak ada beza dah." - "Niat tak menghalalkan cara. Allah sayang kita," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Ada juga dalam kalangan pengguna laman sosial yang memberi sindiran dan pada masa sama, menggunakan komen berbaur keagamaan untuk menyentuh jiwa isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu.

"Nanti, kalau ada Maulud Nabi di kawasan taman, ajak sekali jiran-jiran yang suruh sertai parti ini. Insya-Allah, berkat," tulis seorang pengguna laman sosial.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: