13 November 2022

TEMAN LELAKI REDA PEMERGIAN SYAZLIN ZAINAL: "ALLAH PINJAMKAN AWAK HANYA SEKEJAP"



"Terima kasih untuk segalanya sayang, saya tidak akan lupakan semua kenangan manis, suka, duka, gembira kita bersama. Allah pinjamkan awak dekat saya betul-betul sekejap.


"Saya perlu terima setiap yang hidup mesti akan merasai kematian. Perkara paling hampir dengan kita adalah kematian serta benda paling jauh dengan kita adalah hari semalam.

"Sayang percayalah saya akan cuba sedaya upaya yang mampu untuk kuat mengharungi liku-liku kehidupan ini berseorangan tanpa awak sayang. Tetapi semangat dan impian sayang, saya akan bawa bersama sampai tiba masanya saya pula akan bersama awak di sana kelak.

"Allah lebih sayangkan awak. Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tenanglah di sana sayang, kekasihmu ini akan selalu merinduimu...

Klik untuk gambar besar



"Saya sayang awak, Syazlin Suhaizan Zainal," tulis teman lelaki kepada Allahyarham Syazlin Zainal dikenali sebagai Shaf Pablo menerusi laman sosial miliknya baru-baru ini.

Pemergian Allahyarham Syazlin Zainal bukan sahaja dirasai ahli keluarga tetapi turut meninggalkan kesan mendalam kepada teman lelakinya. Menurut Shaf, dia tidak akan melupakan semua kenangan bersama arwah meskipun hubungan mereka dalam jangka masa singkat.

Hadir pada upacara pengebumian jenazah Syazlin di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 kira-kira pukul 10 malam, Jumaat, Shaf berkata, dia reda dengan pemergian insan tersayang meskipun berat menerima kenyataan, selain turut mendoakan agar arwah Syazlin ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Katanya lagi, dia akan cuba meneruskan kehidupan tanpa Syazlin di sisi dan sentiasa mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan arwah Syazlin maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Untuk makluman, arwah Syazlin pernah membintangi drama 'Sitik Tok' dan 'Oh My Hantaran'.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: