29 November 2022

TERKEJUT ANAK DEDAH TERBABIT KEMALANGAN BAS - SHIERA LEGA X-RAY TUNJUK TIADA KECEDERAAN DALAMAN



Penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahira meluahkan rasa terkejut apabila anak lelakinya, Airell Zulkifli mendedahkan dia antara mangsa kemalangan membabitkan bas ekspres dengan treler di Kilometer 179, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Jasin, Melaka, kira-kira jam 3.30 pagi semalam.


Dalam kejadian itu, Airell antara 16 penumpang yang cedera selepas bas ekspres dinaiki dari Singapura menuju ke ibu kota merempuh belakang treler berkenaan.

Bagaimanapun, Shahirah atau Shiera berasa syukur apabila anaknya itu selamat dan hanya mengalami cedera ringan dimana dia patah gigi dan luka di dahi, hidung dan kaki.

Shiera berkata, anaknya itu yang berada di Singapura sejak Jumaat lalu menghadiri festival animasi pada mulanya cuba berselindung mengenai kemalangan itu.

Klik untuk gambar besar



"Ariel memaklumkan bas lewat beberapa jam kerana rosak. Patutnya suami akan jemput dia jam 5 pagi semalam, tapi bila saya bangun pagi itu, tengok dia masih belum tiba di rumah.

"Petang semalam selepas saya balik kerja, saya nampak ada luka di dahinya. Mulanya dia tutup dengan rambutnya yang agak panjang itu. Bila saya tanya kenapa, dia kata itu jerawat, tapi saya tengok macam luka. Itu saya bertanya sama ada dia bergaduh dengan sesiapa, sudahlah ke Singapura tidak maklumkan kepada saya atau Ijoy.

"Bila kena paksa tanya, saya terus terkejut bila dia bagi tahu bas kemalangan. Terus dia buka cerita sebenar bas bukan rosak tapi kemalangan. Mengucap panjang saya waktu dengar tu," katanya.



Shiera berkata, tujuan anaknya tidak bercerita kisah sebenar kerana tidak mahu menyusahkan dia dan suami.

"Alasan dia tipu saya sebab tak nak risaukan saya. Saya faham walaupun tak cedera parah tapi kenapa kena tipu saya. Saya korek juga cerita daripada dia, rupanya lepas kemalangan terus dibawa naik ambulans ke hospital dengan kawan-kawan dia. Dia kata dah buat x-ray semua baik saja. Alhamdulillah, saya bersyukur dengar," katanya.

Sementara itu, Shiera rasa kesal apabila pengurus syarikat bas tersebut tidak berusaha menghubungi atau memaklumkan mengenai kemalangan tersebut.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: