03 November 2022

"YANG BUAT KOTOR PUNCA DARI KITA..." - MAWI ULAS TANGGAPAN RAMAI INDUSTRI HIBURAN 'LADANG' PENYEBAB DOSA & MAKSIAT



"17 tahun aku dalam Industri Hiburan dan aku lihat DUNIA HIBURAN ni selalu dituduh penyebab dosa & maksiat oleh segelintir pihak. Mengikut pengamatan aku...


DUNIA HIBURAN ini tidak pernah kotor kalau kita bijak mengatur langkah. Menggunakan platform ini untuk menyebar kasih sayang dan mengenal akan pencipta kasih sayang itu. Yang membuatkan DUNIA HIBURAN ini kotor adalah berpunca dari KITA yang tidak mahu berfikir !

"DUNIA POLITIK juga tidak pernah kotor. Yang membuatkan DUNIA POLITIK ini kotor adalah berpunca dari KITA yang tidak mahu berfikir !

"Begitu juga dengan 'DUNIA' ! Dunia ini tidak pernah kotor. Yang membuatkan DUNIA ini kotor dan berlaku pertumpahan darah adalah berpunca dari KITA yang tidak mahu berfikir !" demikianlah tulis penyanyi dan penyampai radio Mawi yang kesal apabila ramai beranggapan industri hiburan adalah 'ladang' penyebab dosa dan maksiat.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi luahan tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, berkata, dunia hiburan bukan tempat kotor seperti mana dilihat orang lain sebaliknya ia mampu menjadi platform bermanfaat sekiranya seseorang bijak mengatur langkah dan digunakan bagi memberi manfaat kepada orang lain.

Dalam pada itu, pengarah filem 'Tiada Tajuk' ini lagi, sikap orang ramai yang tidak berfikir panjang juga menjadi faktor tanggapan buruk mudah diberikan kepada industri hiburan.


Bukan itu sahaja, kata Mawi, dunia politik turut berdepan dengan pandangan buruk segelintir pihak disebabkan masalah sama. Mawi turut menyimpulkan secara keseluruhannya banyak isu yang berlaku dalam dunia ini disebabkan sikap malas berfikir.

Penyanyi itu juga meletakkan tanda pagar #janganmainkotor dalam hantaran yang menggunakan gambar Amou Hadji iaitu lelaki warga Syria yang dikatakan tidak pernah mandi selama 60 tahun.

Untuk makluman, perjalanan kerjaya Mawi bermula selepas bergelar juara program Akademi Fantasi musim ketiga (AF3) sehingga pernah mencetuskan fenomena yang digelar 'tsumawi'. Mawi juga pernah digelar sebagai Raja SMS kerana sering menerima anugerah yang melibatkan undian peminat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: