30 December 2022

AL-FATIHAH - BAPA ASFAN SHAH DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada Asfan Shah atas pemergian bapanya, Shah Rudin Md Noor yang menghembuskan nafas terakhir diusia 65 tahun pada pagi Jumaat di kediaman penyanyi dan komposer itu di Shah Alam, Selangor.


Asfan, 37, yng berkongsi khabar duka itu memberitahu dia menyedari arwah bapanya sudah meninggal dunia apabila melihat arwah sudah tidak bergerak semasa ingin menunaikan solat Subuh.

"Semasa saya turun nak solat Subuh, tengok ayah sudah tidak bergerak di dalam biliknya... dia ada kanser paru-paru, dia duduk di rumah saya pun memang pakai alat oksigen selama 24 jam sehari.

"Sebelum azan Subuh saya sempat pegang badan dia dan masih lagi terasa panas, mungkin dia baru sahaja meninggal dunia dalam tidur," katanya yang dipetik sebagai kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Asfan turut memaklumkan Allahyarham jatuh sakit secara tiba-tiba beberapa bulan lepas sebelum disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

"Ayah sakit secara drastik dalam tiga atau lima bulan lepas. Bila buat pemeriksaan penuh dapat tahu dia menghidap kanser paru-paru dan sudah masuk tahap empat. Apa-apa pun, saya bersyukur Allah ambil ayah saya pada hari Jumaat yang mulia ini," tuturnya.

Sementara itu, Asfan memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Shah Alam.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: