30 December 2022

KEKASIH MAHU BELANJA GELANG EMAS BESAR, TAPI PILIH KECIL - ZARINA ANJOULIE KONGSI VIDEO TEMPAH BAJU KAHWIN



Nama pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju sejak akhir-akhir ini menjadi bualan apabila sering berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih baru dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey, menerusi laman sosial miliknya.


Baru-baru ini, kekasihnya ada memuat naik video dimana dia telah membelanja Zarina gelang tangan di sebuah kedai emas. Apa yang menjadi perhatian, Zarina telah dipuji teman lelakinya apabila dia tidak demand dan memilih gelang tangan yang kecil meskipun ditawarkan untuk membeli gelang besar.

Sementara itu, Anju juga dilihat ada memuat naik video di TikTok mengucapkan terima kasih buat kekasihnya itu kerana membelikan gelang emas buat dirinya serta berseloroh mengatakan sebulan dia menangis kerana terharu.

Sementara itu, dalam perkongsian terbaru menerusi laman Instagram pula, Zarina telah memuat naik video keterujaannya menempah baju perkahwinannya di butik pengantin.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada video yang dikongsikan, Anju telah ke butik pengantin berkenaan bersama kekasihnya untuk mengukur baju perkahwinannya mereka.

"Salam guys, sangat teruja untuk hari ini sebab pergi tempah baju Anju dan Anju takkan cari orang lain buat baju kahwin. Hanya hansminofficial sahaja!

"His the best! Baju semua cantik-cantik, saya percayakan dia untuk baju kahwin saya. Masa kahwin dulu pun mereka yang buat baju Anju," tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tumpang gembira melihat Zarina kini bahagia dengan pilihan hatinya serta mendoakan agar urusan pasangan itu menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan.






















________ IKLAN ________

PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.

Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: