30 December 2022

LUQMAN HAFIDZ AKUI SUDAH BERCERAI SEJAK JUN LALU - DEDAH KERANA MAHU ELAK FITNAH



"Sampai masanya untuk saya kongsikan dan mengesahkan yang saya sudah pun berpisah dengan isteri pada bulan Jun yang lalu. Kami berpisah cara baik di mahkamah.


"Sekarang fokus kami adalah memberikan kehidupan yang baik pada anak kami," itulah akui Luqman Hafidz yang mendedahkan dia dan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi sudah bercerai pada Jun lalu.

Pendedahan tersebut yang dikongsikan menerusi laman Instagram pada pagi Jumaat itu sekaligus menjawab teka-teki mengenai status rumah tangga pelakon tersebut yang sebelum ini hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Kata Luqman atau nama penuhnhya Muhd Luqman Hafidz Muhd Fauzi, 31, dia dan isterinya bercerai secara baik di mahkamah namun tidak memperincikan butiran perpisahan mereka.

Klik untuk gambar besar



Tambah Lukman, penjelasan itu dibuat kerana dia tidak mahu mana-mana pihak terus berteka teki tentang status rumah tangganya dan juga tidak mahu perkara itu mendatangkan khabar angin tidak elok seterusnya menjejaskan hubungan baik kedua-dua belah keluarga.

"Saya sedar status saya sebagai anak seni tak lari daripada perhatian masyarakat. Justeru saya tampil memberikan kenyataan ringkas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanda tanya berterusan dari mana-mana pihak. Semoga tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini.

"Saya berharap agar pihak media khususnya dapat memberikan ruang kepada saya dan menghormati keputusan ini bagi menjaga hati keluarga saya juga bekas mentua. Saya mohon maaf atas segala kekalutan sebelum ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Luqman turut memmaklumkan dia kini mahu lebih fokus pada karier dan menjalankan tanggungjawab yang baik buat anak perempuannya iaitu Eve Laura.

"Fokus saya sekarang adalah kerja keras bagi mencari rezeki dan sebagai seorang bapa, tanggungjawab ini adalah keutamaan saya. Saya pohon semua titipkan doa yang baik-baik dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian. Terima kasih," ujarnya.

Sebelum ini, status rumah tangga Luqman menjadi teka teki ramai apabila pelakon berkenaan tidak lagi berkongsi gambar keluarga di media sosial.

Untuk makluman, Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah Mad Apandi pada 20 Mac 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Eve Laura pada 6 Februari 2021 yang kini berusia hampir dua tahun.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: