29 December 2022

"BAGI SAYA BIASA SAHAJA SEBAB MEMANG JENIS DRESS..." - KAK KM TAK PEDULI KECAMAN, 'BACK UP' PAKAIAN SEKSI ANAK



"Waktu kahwin dulu-dulu dah pakai kebaya jadi sekarang bila sambut anniversary rasa macam nak pakai dress pula. Bagi saya pakaian yang anak pakai hari itu biasa sahaja sebab memang jenis dress. Cuma waktu itu kak KM pakai rantai jadi boleh tutup bahagian dada, tetapi anak pula tak pakai.


"Suka hati mereka nak cakap apa. Kalau Nabila dan Rania pakai elok pun orang tetap bercakap," itulah kata usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM yang tampil mempertahankan anak perempuannya itu berhubung isu pakaiannya yang dilihat menjolok mata.

Video majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ke-20 yang dimuat naik Kak KM menerusi laman Instagram baru-baru ini menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dimana rata-ratanya kurang senang dengan penampilan anak perempuan usahawan itu yang mengayakan gaun putih.

Klik untuk gambar besar



Kak KM yang bengang membaca komen negatif itu memberitahu, busana yang dipakai anak sulungnya iaitu Nabila Razman tidaklah keterlaluan seperti diperkatakan orang ramai.

Sementara itu, Kak KM memberitahu bahawa tindakan netizen yang sentiasa mencari salah itu sedikit sebanyak membantu mengembangkan lagi perniagaannya.

"Terima kasih kepada netizen sebab viral lagi. Bagi Kak KM itu mungkin satu marketing sebab Kak KM memang suka viral. Sebab kalau tiada netizen yang bercakap fasal Kak KM, saya tak akan berada sampai tahap ini," ujarnya.

Meskipun dikecam teruk, rata-rata pengikut memuji cara Kak KM menguruskan rumah tangga. Lebih-lebih lagi melihat Kak KM melayan suami serta anak-anaknya dengan begitu baik selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

"Keluarga bahagia. Suka tengok ikatan kak KM dan keluarga. InshaAllah semoga terbuka hati untuk lebih menjaga aurat dan sopan selepas ini. Moga yang baik-baik untuk kita semua." - "Seorang yang baik pada keluarga. Seronok tengok keluarga Kak KM," antara komen-komen netizen.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: