30 December 2022

NAD ZAINAL AMBIL INISIATIF BANTU PENIAGA KECIL



"Selepas ini saya akan mengekalkan waktu sebegini untuk 'live' bersama-sama. Kepada anda yang ingin menggunakan 'paid review' juga boleh menghantar mesej secara peribadi di Instagram saya.


"Harga mampu milik dan sehingga pengasas produk berpuas hati. Itu janji saya! Dan sekiranya anda ingin menggunakan 'paid review' kombo, boleh berbuat demikian. 

"Namun produk itu harus bersesuaian dengan Ungku Ismail juga. Kalau 'review' baju perempuan, takkan dia hendak memakai baju perempuan pula kan? Jadi kami ada juga 'paid review' berdua.

"Mungkin lebih ke arah makanan, harga pun berpatutan kerana inistiatif ini bagi membantu peniaga-peniaga kecil," demikianlh kata pelakon Nad Zainal yang memaklumkan bakal membuka ruang reviu produk bagi membantu peniaga kecil bersama teman rapatnya, pelakon Ungku Ismail Aziz.

Klik untuk gambar besar



Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, bagaimana pun menjelaskan reviu yang bakal dibuat itu juga seharusnya bersesuaian dengan Ungku Ismail.

Baru-baru ini, Nad memaklumkan status hubungannya dengan Ungku Ismail yang antara individu paling rapat ketika siaran langsung di TikTok, pada Jumaat lalu selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Susulan itu, tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad turut dilancarkan bagi menampung kos rawatan pelakon itu sejak menerima rawatan di ICU sebuah hospital swasta di ibu kota.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: