15 December 2022

"ANAK-ANAK TERIMA BAIK & SAYANG DENGAN ENGKU ISYAMUDDIN" - ANITA BAHAROM BAKAL BERNIKAH 22 DISEMBER INI



"Saya pun sebelum membuat keputusan nak berumah tangga semula, ada buat solat istikarah juga dan minta pandangan kenalan yang arif dalam agama. Kata mereka, jodoh dah sampai itu perkara yang baik dan calon suami pun berstatus duda.


"Alhamdulillah, saya tak berkahwin dengan suami orang. Malah, anak-anak saya juga menerima baik dan sayang dengan Engku Isyamuddin yang saya lihat amat penyayang.

"Apabila anak-anak selesa dengan bakal suami, saya jadi tambah yakin," demikianlah jelas pelakon Anita Baharom, 39, yang akan melangsungkan pernikahan dengan Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, pada 22 Disember ini di Subang Jaya, Selangor.

Anita ketika dihubungi, menyifatkan jodohnya dengan bakal suami sudah ditetapkan Allah SWT dan menerimanya dengan rasa syukur serta seikhlas hati.

Klik untuk gambar besar



Ini kerana kata Anita, yang pergi tetap sudah pergi, namun dia perlu meneruskan kehidupan dan bertemu jodoh untuk berkahwin ini perkara yang baik serta kenapa pula hendak dilambat-lambatkan.

Anita yang dikenali menerusi drama 'Dunia Baru' dan 'Keluarga Iskandar' itu berkata, dia juga berbincang dengan anak-anaknya lebih dulu dan penerimaan mereka masing-masing terhadap calon suami sangat baik dan positif.

"Kalau 'mommy' dah okay, mereka pun okay terutama anak kedua, Iskandar sayang sangat dengan Engku Isyamuddin kerana minat mereka sama terhadap bola sepak. Anak sulung, Syifa dan bongsu, Mikail juga menyayangi bakal suami.

"Apa yang saya harapkan agar jodoh kami kekal hingga akhir hayat dan sampai syurga. Saya juga bersyukur hingga kini segala persiapan dan urusan perkahwinan berjalan lancar serta dipermudahkan Allah," tuturnya.



Bercerita mengenai perkenalan dengan bakal suami, Anita berkata, mereka sudah mengenali sejak 2017 ketika acara Sukan Sea di sini. Mereka mula rapat sejak Anita habis edah selepas suaminya, bekas penerbit program di TV3, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Difahamkan, Engku Isyamuddin yang bekerja sendiri, sebelum ini adalah Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.

Jelas Anita, dia dan bakal suami membuat keputusan untuk membawa hubungan mereka ke fasa perkahwinan kali kedua masing-masing pada November lalu. Katanya, semua berlaku sangat pantas, tanpa dirancang dan inilah jodoh kami.

Untuk makluman, Anita dikurniakan tiga anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15; Mohamad Dhia Iskandar, 11; dan Mohamad Dhia Mikail, 8, hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya, Mohd Ismadi.



________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: