"Saya sudah lama merancang untuk mengambil foto baharu. Ketika berkahwin dengan suami 15 tahun lalu, saya masih belum dalam keadaan sempurna (menutup aurat). Jadi saya tak dapat kongsikan. Jadi hari ini (kelmarin), sempena meraikan majlis ulang tahun kelahiran yang ke-44, saya buat sekali majlis persandingan.
"Apa yang penting saya mahukan gambar perkahwinan sebagai kenangan," itulah kata pelakon Lisdawati dimana dia bersanding kali kedua bersama suaminya, pelakon Fauzi Nawawi, 50, yang lengkap berpakaian pengantin, bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-44.
Bersanding kali kedua kerana mahu foto perkahwinannya dalam keadaan menutup aurat, Lisdawati mengakui terkilan apabila foto pernikahannya yang dirakam 15 tahun lalu tidak dapat dikongsi kepada umum kerana ketika itu masih belum berhijab.
Menurut Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, untuk persandingan mereka kali kedua ini, dia memilih busana berona biru untuk 'majlis nikah' dan songket putih untuk resepsi serta majlis diadakan secara ringkas sahaja.
Klik untuk gambar besar
"Saya buat majlis serba ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti. Jadi selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini," tuturnya.
Ditanya mengenai rahsia kebahagiaan rumah tangganya yang dibina selama 15 tahun, Lisdawati berkata, dia dan suami turut melalui fasa pasang surut dalam perkahwinan.
"Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui fasa yang sama. Apa yang membezakan adalah bagaimana untuk bertahan, bersabar dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah. Kami tidak berbincang depan-depan. Kalau ada masalah yang memerlukan kami berkomunikasi, saya dan suami akan bercakap menerusi mesej sahaja.
"Sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Kalau sekarang guna WhatsApp. Kami elak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah. Jadi bila kedua-duanya sudah ‘sejuk hati’, baru kami akan bersemuka," ujarnya.
Untuk makluman, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14, Nur Aina Fazneesya,13, Ahmad Nur Fyrdaus, 8, dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.
Lisdawati juga mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 27, Fareez Hazwan, 25, Nurul Hana Farisya, 23, dan Mohd. Fikri Hakimi, 20.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment