16 December 2022

SERIK JAWAB PANGGILAN - RYAN BAKERY AKUI SUSAH PERCAYA ORANG SELEPAS PERNAH DITIPU RATUSAN RINGGIT



Pernah berdepan kerugian ratusan ribu ringgit selepas kerja ulasan atau review yang dilakukan tidak dibayar, personaliti media sosial iaitu Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, bagaimanapun enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan yang melakukan penipuan itu.


Gara-gara kejadian itu, Ryan berkata, dia menjadi seseorang yang sangat berhati-hati dan sukar untuk mempercayai orang lain apabila dia mengambil pendekatan untuk tidak menjawab panggilan mana-mana nombor tidak dikenali sehingga ada yang melabelkan dirinya sombong.

"Saya dah banyak kali kena tipu fasal duit. Rasanya hampir ratusan ribu juga saya rugi apabila video sudah siap tapi pengasas produk cabut lari. Ada juga yang buat pembayaran lambat. Bagaimanapun saya halalkan sahaja semua itu. Malas nak panjangkan cerita.

"Saya tahu ada yang kata saya ini sombong. Disebabkan pernah kena tipu saya susah nak percaya orang dan berhati-hati menjawab panggilan. Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa. Sekarang ini, saya sudah ada pihak pengurusan. Jadi apa sahaja berkaitan kerja biar mereka yang uruskan. Lebih mudah," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Bercakap mengenai kerjaya pula, Ryan kini mula melebarkan sayap ke bidang lakonan dan bakal tampil dalam tiga buah filem. Ryan dalam masa sama menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya influencer tidak layak diangkat menjadi pelakon. Tambahnya lagi, ini peluang terbaik untuk dia menunjukkan bakat sebenar.

"Pengarah yang beri kepercayaan untuk saya berlakon. Apa salahnya mencuba. Inilah cara untuk saya kembangkan bakat. Bermula dengan buat content di media sosial, kini diberi rezeki berlakon pula. Saya juga mahu buat ibu bapa bangga," jelasnya.

Dalam GMWA2022, Ryan tercalon bagi kategori Digital Content Creator Tergempak bersama empat pesaing lain iaitu Khairul Aming, Mek Yun, Syahmi Sazli dan Namie.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: