15 December 2022

TAK SEMPAT TONTON PIALA DUNIA AKHIR & RAI TAHUN BAHARU - YASIN SULAIMAN AKUI OK MESKIPUN BADAN SUSUT



Nampaknya hasrat penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 47, untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia, Ahad ini dan juga raikan tahun baharu tidak akan menjadi kenyataan apabila dia perlu menunggu sehingga 11 Januari depan untuk sebutan keputusan representasi kali kedua bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah dihadapinya.


"Sebelum ini, saya mengharapkan 18 Disember ini (Ahad), sempat untuk saya tonton Piala Dunia dan nak raikan tahun baharu. Namun, nampaknya saya kena tunggu Januari nanti," ujar Yasin ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Mengenai keadaan dirinya yang terkini, Yasin memaklumkan, dia juga berasa dalam keadaan sihat walaupun kelihatan susut berbanding sebelum ini.

"Memang pegawai-pegawai di sana (penjara) pun ramai yang bertanya sebab saya dah kurus. Bagaimanapun, saya rasa okay. Dah jumpa doktor dan dia cakap tak ada masalah. Berat saya dah turun lima kilogram. Saya akan cuba naikkan berat untuk menyenangkan hati pegawai di sana," tuturnya.

Dalam masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu 'Mimpi Laila' itu juga berkongsi mengenai masalah badan menggeletar yang dialaminya kini.

Klik untuk gambar besar



"Saya ada menggeletar sikit di dalam penjara. Saya makan 'lithium carbonate' dan ia adalah ubat yang perlu sentiasa dipantau. Kena buat ujian darah, toksin dan sebagainya.

"Namun, berada di dalam penjara memang agak susah sikit walaupun kita dah cuba usahakan. Namun, ia bukan masalah besar dan Insya-Allah, saya akan harungi dengan tenang saja," jelasnya yang turut mengucapkan terima kasih atas sokongan banyak pihak terhadapnya.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad, peguam yang mewakili Yasin, Ariff Azami Hussein berkata, pihak pembelaan sudah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

"Kami dihubungi pasukan pendakwaan semalam yang memaklumkan mereka memerlukan lebih masa sebelum membuat pertimbangan berhubung representasi berkenaan," katanya.

Pada 6 Julai lalu, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram. Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan dituduh semula atas pertuduhan baharu.

Yasin didakwa memiliki dadah seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama.

Yasin turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan memberikan dirinya dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 11.05 malam, 24 Mac lalu.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: