31 December 2022

ANAK KEDUA BAKAL LANJUTKAN PELAJARAN DI UTP - ZIANA ZAIN SEBAK PERTAMA KALI BERPISAH



"Ammar baru sahaja menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke UTP, minggu lalu Walaupun teruja, tetapi timbul juga perasaan sedih. Bayangkan selama ini semua anak-anak saya duduk di bawah ketiak saya. Jadi apabila terpaksa berpisah lama dengan anak, tentu saya rasa sedih.


"Nak cakap pasal perkara ini pun, saya boleh menangis. Walhal anak cuma nak pergi sambung belajar, bukannya pergi berperang," demikian tutur penyanyi Ziana Zain yang sebak mengenangkan berpisah dengan anak keduanya, Muhammad Ammar, 18, yang bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Perak, Januari ini.

Kata Ziana, 54, perasaan sedih itu berikutan kali pertama anak kedua akan tinggal berjauhan dengannya untuk satu tempoh yang agak lama, selain mengakui ketiadaan anak bujangnya itu menyebabkan dia 'patah' kaki dalam bab menguruskan kerja rumah.

'Ammar banyak membantu saya terutama dalam bab elektrik dan internet. Selalunya kalau saya ada masalah dalam dua perkara itu, saya akan minta pertolongan Ammar. Manakala abangnya, Muhammad Aiman banyak menolong segi mengemas dan membasuh," ujar penyanyi lagu 'Madah Berhelah' ini.

Klik untuk gambar besar



Selain Aiman dan Ammar, Ziana turut dikurniakan dengan cahaya mata kembar iaitu Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 13 tahun.

Mengulas kehadiran 2023 yang bakal menyingkap tirainya esok, Zaian atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berharap, impiannya untuk mengadakan konsert solo akan tercapai.

"Saya sangat bersyukur kerana 2022 banyak mengurniakan rezeki buat saya, termasuk dari segi persahabatan dan kesihatan. Tahun ini, impian saya untuk mengadakan konsert bersama Anuar Zain sudah tercapai dan saya harap tahun depan, saya dapat mengadakan konsert solo pula," pinta Ziana.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: