01 January 2023

KESAKITAN BUKAN PENGHALANG HIBURKAN PEMINAT - ZAMANI GEMBIRA DAPAT BERAKSI DI 'KAMPUNG' SENDIRI



Sempena sambutan Tahun Baru 2023 malam tadi, penyanyi Zamani Slam telah menjayakan sebuah konsert yang berlangsung di Datum Jelatek dimana ia turut dijayakan oleh Datuk Hattan, Fredo, Amir UK's, Alina Hassan dan Farazila.


Selepas diundang membuat persembahan pada awal Disember lalu dilokasi sama, kemunculan Zamani yang menyampaikan lagu 'Gerimis Mengundang', 'Nurkasih' dan 'Kembali Terjalin' itu nyata mendapat perhatian hebat daripada hampir 1,000 peminat yang hadir.

Menurut Zamani, dia perlu berjaga-jaga dari melakukan aktiviti seperti menunduk, membongkok dan kerja berat yang lain. Tambahnya lagi, dia akan melakukan pemeriksaan semula selepas ini bagi mengenal pasti punca sebenar penyakitnya. 

"Banyak juga yang terbatas. Sakit pula 'on and off' datang. Macam malam ini kaki saya bengkak namun saya gagahkan juga buat persembahan. Saya pun dah jumpa doktor untuk pemeriksaan takut masalah jantung tapi Alhamdulillah tiada apa-apa. 

Klik untuk gambar besar



"Ini antaranya kesan-kesan dari pembedahan yang dilakukan sebelum ini. Dah dekat seminggu lebih jadi begini. Saya juga ingin menjelaskan bahawa doktor sarankan saya untuk aktif dan bukan duduk berdiam diri begitu sahaja.

"Bagaimanapun ia tidaklah bermakna saya boleh terlalu lasak. Memadailah jika 50:50. Saya juga masih mengalami masalah sekiranya menyanyi lagu bernada tinggi mahupun rendah," jelasnya.

Dalam pada itu, Zamani turut meluahkan perasaan gembira dapat beraksi di 'kampung' sendiri dan dapat melihat wajah-wajah yang dikenalinya, ibarat menghiburkan orang-orang kampung sendiri.

"Nampak perubahan yang sangat ketara di lokasi yang saya membesar sebelum ini," katanya. 


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: