01 January 2023

"DALAM MASA TERDEKAT, INSYA-ALLAH SAYA AKAN BERIKAN TITIK NOKTAH..." - SYAMSUL YUSOF TIDAK MAHU IKUT CARA PUTERI SARAH



"Sudah tiba masanya saya bersuara tentang perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih. Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan menjawab dan meleraikan satu persatu kepada umum.


"Berikan saya sedikit masa untuk selesaikan semuanya. Dalam masa terdekat, Insya-Allah saya akan berikan titik noktah kepada semua permasalahan ini," itulah kata pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menerusi siaran langsung di laman Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Melalui video tersebut, Syamsul, 38, berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut yang menjadi bahan bualan masyarakat sejak enam bulan lalu.

Klik untuk gambar besar



Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof memberitahu, dia tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak termasuk Puteri Sarah yang sering menceritakan kisah peribadi mereka di media sosial. Kata Syamsul, perkara itu tidak seharusnya dikongsikan secara umum kerana ia melibatkan kisah peribadi mereka.

"Walaupun saya ingin membuka mulut dan bersuara, berbezanya saya dan isteri saya, saya tidak mahu ikut cara dia. Saya tidak mahu membuka aib atau pekung sesiapa kerana ia adalah soal perkahwinan. Soal peribadi antara saya dan dia," jelasnya.

Akui terkesan dengan pelbagai hinaan, namun sebagai seorang selebriti yang dibesarkan dalam kalangan keluarga seni, dia akur dengan segala tuduhan dan kecaman yang diterima.



"Hal perkahwinan adalah perkara sangat peribadi. Hal dalam kain, tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai. Namun, selepas setengah tahun hal rumah tangga kami dikongsi Puteri Sarah dalam media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masa untuk menjelaskan segala-galanya.

"Apa pun saya sedar kehidupan sebagai seorang selebriti membuatkan semua orang memandang dan segala tingkah laku kita akan menjadi perhatian ramai. Saya juga manusia biasa, kadang-kadang terganggu fokus saya untuk menghasilkan filem. Saya terima apa yang netizen lemparkan dengan hati terbuka," tuturnya.



Sebelum ini, Puteri Sarah mendedahkan menerima banyak mesej memaklumkan Syamsul sudah berkahwin dengan Ira Kazar dan meminta suaminya itu tampil menjelaskan tuduhan berkenaan. Syamsul bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai fitnah.

Syamsul kemudian memaklumkan dia bakal mengambil tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jawi kerana didakwa membocorkan maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitnah terhadap dirinya.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.





________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: