31 December 2022

ADIK HAQIEM RUSLI, ZALI ENGGAN TUMPANG POPULARITI ABANG - SANGGUP 'MERANGKAK' DENGAN NAMA SENDIRI



"Saya ikhlas untuk berada dalam industri hiburan ini kerana minat, dan saya tidak mahu dibayangi atau dikata menumpang populariti abang saya. Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli.


"Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat sendiri," ujar Zali Rusli yang tidak menganggap bergelar adik kepada penyanyi dan komposer terkenal, Haqiem Rusli sebagai tiket mudah buat dirinya mencipta nama dalam industri muzik.

Tidak mahu terus dibayangi oleh abangnya, Zali, 17, berharap orang ramai mengenalinya kerana bakat dan lagu nyanyian sendiri. Meskipun begitu, Zali akui lebih selesa untuk tampil dengan lagu baharu ciptaan bersama abangnya itu.

Klik untuk gambar besar



Berpendapat lagu baharunya berjudul 'Kamu Cantik Malam Ini' sangat tepat dengan cita rasa pendengar muzik semasa, Zali dalam pada itu berkata, dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan komposer lain di masa akan datang.

"Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami dan ia mendapat persetujuan syarikat pengurusan. Saya rasa lebih yakin nyanyi lagu ciptaan kami bersama.

"Jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu lagu jiwang balada era 90-an, jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini. Namun jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain," jelasnya.



Sementara itu, Zali juga memberitahu yang dia enggan terlalu mengikut trend semasa kebanyakan artis di bawah syarikat pengurusan sama yang banyak menyanyikan semula lagu-lagu lama.

Bagi Zali, dia percaya karya-karya baharu juga boleh melekat di hati peminat dengan mudah jika menggunakan formula yang betul. Untuk makluman, lagu 'Kamu Cantik Malam Ini' mula dilancarkan di semua platform digital bermula Khamis.

"Biarlah penyanyi-penyanyi senior buat dahulu, rakamkan kembali lagu lama... mungkin satu hari nanti saya juga akan buat. Saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baru yang boleh dipopularkan dan masih menepati selera pendengar. Kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan?" tuturnya.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: