31 December 2022

BILA FATIN AFEEFA MASAK MAGGI - SUAMI LUAH SYUKUR: "BUKAN NILAI SESUATU BARANG PERLU HARGAI TETAPI INGATAN"



"Alhamdulillah.. makanan pertama sebagai suami isteri, maggi. Orang kata, bukan nilai sesuatu barang itu buat perkara itu perlu dihargai, tetapi ingatan," itulah kata suami baru pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang meerusi video yang dimuat naik di Insta Story.


Semalam, Fatin selamat kembali bergelar isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup. Fatin memilih Aliff Awang yang merupakan seorang jutawan sebagai suaminya.

Apa yang menjadi perhatian, perkongsian suami Fatin yang meluahkan rasa syukur apabila dapat merasa makanan pertama dibuat oleh isterinya itu selepas bergelar suami isteri.

Menerusi video itu, meskipun ianya hanya maggi namun Aliff berkata, apa yang penting bukan nilai menu tersebut menjadi keutamaan tetapil kenangan tercipta yang perlu dihargai dan menjadi ingatan.

Klik untuk gambar besar



Pada November lalu, Fatin ada memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin seakan memberi bayangan sudah mengikat tali pertunangan. 

Untuk makluman, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

Dalam pada itu, Fatin turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10, hasil perkahwinan terdahulu.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: