31 December 2022

SELEPAS 9 TAHUN TANGGUNG RINDU - TOM GV9 BERSYUKUR DAPAT BERTEMU ANAK SULUNG, KEKOK SEDIKIT SEBAB DAH REMAJA



"Syukur bekas suami, isterinya serta keluarga bekas mentua memberi izin untuk saya berjumpa Adam. Sebelum ini hubungan kami bermasalah dan memang tidak dapat bertemu anak.


"Mestilah saya sangat gembira. Sudah lama pendam rindu dan akhirnya kami bertemu. Tapi agak kekok sedikit sebab anak saya dah remaja. Saya pun tak tahu macam mana nak layan anak pada umur begitu."

Demikian tutur bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), penyanyi Tom dimana dia akhirnya dapat bertemu dengan anak lelaki sulungnya iaitu Adam yang kini sudah berusia 14 tahun, selepas hampir sembilan tahun terpisah dan menanggung rindu.

Tom atau nama sebenanya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, yang meluahkan rasa syukur keluarga bekas suami membenarkan mereka bertemu itu memberitahu dia sedikit kekok apabila bertentang mata dengan Adam selepas sekian lama.

Klik untuk gambar besar



Tambah Tom, dia sempat berjumpa anak sulungnya itu beberapa kali ketika dia membuat persembahan di Johor Bharu sepanjang bulan Disember ini.

Jelasnya lagi, dia mula berhubung dengan Adam melalui pesanan mesej di WhatsApp sejak awal pembabitan dalam GV9 baru-baru ini. Tom juga berharap dia dapat membawa Adam untuk tinggal bersama dua lagi anaknya di Kuala Lumpur suatu hari nanti.

"Saya sudah lama ada nombor telefonnya namun dia tidak pernah balas mesej. Hanya bluetick sahaja. Kemudian pada hari pengenalan peserta GV9 dia mesej ucap good luck dan beritahu akan menonton persembahan saya.

"Walaupun saya selalu hantar mesej namun dia lambat balas. Malah nak minta video call pun dia malu. Pernah sekali dia hantar voice note, saya terkejut mendengar suara seperti lelaki dewasa. Semoga kami dapat berjumpa lagi dan mungkin selepas ini dia boleh ikut saya tinggal di KL," ujarnya.

Tom sebelum itu berkongsi beberapa gambar pertemuan bersama Adam di laman Instagram miliknya. Dia bagaimanapun menutup wajah anaknya itu kerana mahu menjaga privasi selain enggan orang ramai mengaitkan Adam dengan kisah cintanya dengan penyanyi Fuad Rahman.

"Sekarang ini orang sibuk bercerita tentang saya, jadi tak mahulah Adam terkait sama. Sebab itu saya tak mahu kongsikan wajahnya. Adam bagaimanapun menerima baik saya dan anak-anak yang lain. Dia juga selesa bersama Fuad," jelasnya.

Untuk makluman, Tom pertama kali mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun dan sejak itu dia sudah berkahwin dengan tiga orang lelaki dalam tempoh lapan tahun.

Hasil daripada kesemua perkahwinan tersebut, Tom memiliki tiga orang cahaya mata, namun hanya dua orang anak hasil perkahwinan ketiga sahaja di bawah jagaannya. Difahamkan, Adam merupakan anak hasil perkahwinan dengan suami pertama.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: