31 December 2022

KAKI TERSELIUH KETIKA MAIN BADMINTON - SUAMI KATA PETANDA ALLAH SURUH NORA REHAT



Penyanyi Datuk Nora Ariffin baru-baru ini telah mengalami kecederaan di bahagian depan kaki kirinya apabila ia terseliuh ketika mengikuti suaminya, Dr Rushdi Ramli bermain badminton Khamis lalu.


Tambah membimbangkan kata Nora, bahagian sama juga sebelum ini pernah dua kali mengalami masalah sama akibat terjatuh di Gua Hira, Makkah selain disebabkan memakai kasut tumit tinggi.

Bagaimanapun keadaan kaki Nora, 49, kini semakin bertambah baik dan perlu mengikut nasihat doktor dimana dia kena berehat, selain diminta untuk elak memakai kasut tumit tinggi.

"Dalam pada kita berhati-hati, kalau sesuatu benda nak berlaku, memang tak boleh nak dielakkan. Nak dijadikan cerita, saya tersalah sudut sewaktu membuat pukulan, sekali gus terjatuh.

Klik untuk gambar besar



"Memang sejak kebelakangan ini, saya aktif melakukan aktiviti luar seperti memanjat bukit dan sebagainya. Jadi, dua hari lalu, suami ajak saya menyertainya dan rakan-rakan untuk bermain badminton.

"Kaki saya terseliuh ketika ikut suami main badminton. Bahagian urat pada kaki ini bengkak dan doktor nasihatkan supaya berehat. Saya ingatkan masih boleh beridadah seperti dulu.

"Tak sangka pula sebenarnya kaki ini terseliuh. Bahagian sama pernah bengkak akibat terjatuh sebelum ini. Jadi kena betul-betul rehat sebab takut ia jadi lebih teruk.



"Tapi, Alhamdulillah. Sekarang kaki saya pun dah mula okay. Cuma, doktor nasihatkan untuk berehat dan elakkan memakai kasut tumit tinggi kerana tidak mahu ada sebarang risiko kecederaan," ujarnya.

Nora menerusi laman sosial miliknya ada berkongsi video dia duduk di atas kerusi roda dan ditolak oleh suaminya yang merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM), ketika mereka menghadiri sebuah majlis.

Dalam hantaran tersebut, Rushdi memberitahu sakit yang dialami isterinya itu juga sebagai petanda untuk dia rehat daripada kesibukan jadual kerja: "Inilah petanda Allah suruh rehat. Jatuh ini menjadi asbab juga. Bawa-bawalah berehat," tuturnya.

Dalam masa sama, Nora juga bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak mengganggu jadual kerjaya seni. Bagaimanapun dalam keadaan berkerusi roda, penyanyi ini masih kuat untuk memenuhi undangan majlis seorang sahabat pada pagi Sabtu.

"Dalam keadaan begini pun saya kenalah penuhi undangan ke majlis perkahwinan sebab sudah dijemput. Mujurlah ada suami yang tolong tolak kerusi roda. Tapi nampak gayanya tak bolehlah saya pakai kasut tumit tinggi.

"Kebetulan untuk seminggu ini memang saya tiada persembahan. Bolehlah rehat betul-betul di rumah," jelas Nora yang bakal muncul dengan single duet pertama bersama anaknya, Putri Dahlia yang akan dilancarkan tidak lama lagi.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: