31 December 2022

FATIN AFEEFA SELAMAT NIKAHI JUTAWAN - BEKAS SUAMI UCAP TAHNIAH, MINTA JANGAN LUPA TARIKH MAHKAMAH 26 JANUARI



Tahniah diucapkan kepada pelakon Fatin Afeefa yang kini selamat kembali bergelar isteri apabila memilih Aliff Awang yang merupakan seorang jutawan sebagai suaminya dalam satu majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup, semalam.


Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Fatin dengan memuat naik sebuah video yang memaparkan momen majlis pernikahan yang berlangsung serba mewah di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Dalam video tersebut, terserlah senyuman kebahagiaan di wajah aktres berumur 28 tahun itu selepas menempuh pelbagai onak duri, duka dan air mata yang mengalir.

Dengan berlatar lagu yang berjudul 'Hingga Tua Bersama' nyanyian Rizky Febian, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin menulis kapsyen ringkas, "Kun Fayakun. Assalamualaikum sayang."

Klik untuk gambar besar



Perkara tersebut turut dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab menatarias pengantin perempuan. Malah, Alha turut memuat naik gambar Fatin di laman Instagram memaparkan aktres itu memakai busana serba putih berserta manis bertudung.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata peminat memuji keputusan pelakon filem 'Tentang Bulan' itu yang memilih untuk tidak menghebahkan kepada umum. Selain itu, peminat juga tumpang gembira dan mendoakan agar perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat.

Sebelum ini, Fatin dan Aliff difahamkan mengikat tali pertunangan pada bulan November lalu, selepas aktres itu memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin. 

Sementara itu, bekas suami Fatin iaitu pelakon Adam Shahz telah berkongsi rasa gembira atas berita perkahwinan bekas isterinya itu. Adam ketika dihubungi, turut mengingatkan Fatin supaya tidak lupa akan tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.



"Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja. Dah kahwin, dah lepas, cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Adam yang kini berada di Thailand berkata, ini adalah perbicaraan kali pertama dia dan bekas isterinya itu bagi menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka. Menurutnya lagi, dia hanya menuntut haknya sebagai bapa.

"Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu. Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan mahkamah.



"Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak. Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak.

"Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga," katanya.

Untuk makluman, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Dalam pada itu, Fatin turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10, hasil perkahwinan terdahulu.
















________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: