16 December 2022

BETO KUSYAIRY BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT SELEPAS 14 TAHUN KAHWIN - NETIZEN MINTA KAHWIN LAIN?



Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik seorang pengguna di aplikasi TikTok dimana kapsyen yang ditulis itu telah menarik perhatian apabila merujuk kepada soalan yang biasa diterima pelakon Beto Kusyairy dan isterinya berhubung zuriat.


"Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?" tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung hal berkenaan, Beto bagaimanapun tidak pernah menyalahkan takdir serta akur dengan ketetapan Tuhan mengenai rezeki zuriat.

Sudah 14 tahun berkahwin namun belum dikurniakan lagi cahaya mata, Beto berkata dia dan isteri sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden, namun belum rezeki lagi untuk menimang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar



"Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami. Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.

"Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani. Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya," tutur Beto.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji kesetiaan Beto dan isteri serta mendoakan agar pasangan itu dikurniakan dengan kehadiran zuriat.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: