16 December 2022

KEADAAN NAD BERTAMBAH BAIK, MASIH BEREHAT - WANG SUMBANGAN DIGUNAKAN UNTUK RAWATAN & SEDEKAH



"Keadaan Nad bertambah baik... Dia masih dalam proses pemulihan. Saya pun tidak mahu update setiap hari kerana Nad perlu banyak berehat.


"Atas permintaan keluarga, saya juga tidak boleh berkongsi secara terperinci tentang keadaannya sekarang ini," kongsi pelakon Ungku Ismail yang memaklumkan perkembangan terkini Nad Zainal dimana keadaan kini semakin baik dan masih dalam proses pemulihan.

Jelas Ungku Ismail, Nad yang dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor sejak 20 November lalu akibat pendarahan pada bahagian paru-paru itu perlu banyak berehat.

Perkara tersebut dikongsikan Ungku Ismail menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya seperti yang sering dilakukan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



Bercakap mengenai Tabung Kecemasan Nad Zainal yang dilancarkan sebelum ini, Ungku Ismail memaklumkan tabung itu berjaya mengutip RM270,000 hasil sumbangan orang ramai.

Wang tersebut telah digunakan bagi menampung kos rawatan Nad sepanjang dia berada di hospital berkenaan dan selain itu turut digunakan dengan memberi sedekah sebagai satu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakitnya.

"Sebahagian wang itu digunakan untuk kos rawatan hospital. Apa sahaja yang berkaitan kos rawatan dan ikhtiar akan menggunakan wang sumbangan itu.

"Dalam hadis juga ada menyebut sedekah sebagai satu cara ikhtiar ketika ketika sakit. Jadi dengan duit itu ia telah diinfaqkan atas nama Nad kepada rumah tahfiz, masjid dan golongan yang memerlukan.



"Selebihnya akan akan digunakan untuk menampung hidup Nad selepas keluar hospital nanti kerana dia tidak boleh terus berlakon dan dinasihatkan perlu berehat di rumah," ujarnya.

Terdahulu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, pernah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) akibat masalah yang dihidapi.

Dia juga pernah direhatkan sebagai salah satu proses rawatan supaya paru-paru kembali berfungsi dengan baik selepas doktor mengeluarkan darah yang terdapat pada bahagian tersebut.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: