16 December 2022

"MOGA ALIF TENANG DISANA, MAMA REDHA... SYURGA TEMPAT ISTIREHATMU" - NORA LETAK DIPLOMA SEBELAH BATU NISAN ANAK



"14 Dec 2019. Genap 3 tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar diingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tak pernah padam. Moga anaknda Alif tenang disana. Mama redha pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu & kita semua.


"Al-Fatihah buat anaknda Alif Johan & semua yang telah terdahulu pergi meninggalkan kita," tulis penyanyi Datuk Nora Ariffin menerusi laman Instagram miliknya dimana dia memuat naik video kenangan bersama Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan selain foto pusara anak keduanya.

Genap tiga tahun kehilangan Alif, Nora telah berkongsikan luahan hatinya, selain sentiasa mendoakan kesejahteraan Allahyarham anak keduanya itu di sana. Ketika kunjungannya ke pusara Alif, Nora turut membawa skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak Alif baru-baru ini.

Untuk makluman, Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur berdekatan pusara bapanya, komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.

Klik untuk gambar besar







________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: